Bebas Hutang Melalui Hartanah
- Get link
- X
- Other Apps
Cashback Projek Rumah: Strategi Selesaikan Hutang & Bebas Tekanan Kewangan
Ramai orang anggap beli rumah hanya untuk duduk atau pelaburan jangka panjang. Tapi kalau kena cara, rumah juga boleh jadi alat bantu untuk selesaikan hutang dan stabilkan kewangan. Inilah antara strategi yang kami di HMDamien Capital guna untuk bantu ramai keluarga bebas daripada tekanan hutang — melalui projek rumah dengan cashback.
Apa Maksud Cashback Projek Rumah?
Secara mudah, bila anda beli rumah daripada pemaju tertentu, anda akan dapat cashback selepas pinjaman diluluskan. Jumlahnya boleh mencecah RM50,000 hingga RM100,000 bergantung kepada projek dan harga rumah.
Duit cashback ni boleh digunakan dengan cara yang bijak, contohnya untuk:
- Selesaikan hutang kad kredit atau personal loan
- Kurangkan komitmen bulanan supaya DSR (Debt Service Ratio) lebih rendah
- Urus semula kewangan keluarga dengan lebih tenang
Macam Mana Strategi Ni Boleh Jadi “Game Changer”?
Bila seseorang dah terbeban dengan hutang, biasanya mereka akan cari jalan buat ‘debt consolidation’. Tapi kalau bijak, anda boleh guna aset hartanah sebagai medium untuk buat perkara yang sama — dengan nilai tambah jangka panjang.
Contoh mudah: anda beli rumah harga RM300,000 dan dapat cashback RM80,000. Duit tu boleh terus guna untuk:
- Settle hutang lama
- Bayar deposit rumah atau ubahsuai
- Buat simpanan kecemasan
Akhirnya anda bukan saja ada rumah baru, tapi juga berjaya kurangkan beban hutang sedia ada. Ini strategi “dua dalam satu” yang ramai tak tahu boleh dibuat.
Siapa Sesuai Guna Strategi Ini?
Bukan semua orang sesuai, tapi kalau anda dalam kategori ni — memang berpotensi besar:
- Pekerja bergaji yang ada komitmen tinggi tapi masih stabil
- Keluarga muda yang nak bina semula kewangan
- Pemilik rumah pertama yang nak beli dengan cara lebih bijak tanpa bebankan simpanan
Risiko & Cara Nak Elak
Macam mana-mana strategi, tetap ada risiko. Ada juga projek yang guna cashback hanya sebagai ‘gimik marketing’. Jadi anda kena pastikan beberapa perkara sebelum buat keputusan:
- Pastikan pemaju berdaftar dan projek diluluskan LPHS / LPPSA / Bank
- Faham terma cashback — bila dapat dan berapa jumlah sebenar
- Dapatkan nasihat daripada konsultan yang faham pasaran hartanah dan loan
Kesimpulan
Cashback projek rumah bukan sekadar promosi. Kalau dirancang betul, ia boleh jadi satu strategi realistik untuk selesaikan hutang, urus semula kewangan, dan bina semula kehidupan dengan lebih tenang.
Yang penting, jangan terburu-buru. Faham projek, kira aliran tunai, dan rancang langkah kewangan dengan bimbingan orang yang berpengalaman dalam industri ini.
Nak Tahu Projek Cashback Terkini?
Saya Amien Hawari dari HMDamien Capital. Sejak 2012 saya terlibat dalam industri hartanah — dari ejen jualan hingga jadi pemaju. Hari ni, fokus saya ialah bantu pembeli rumah guna strategi hartanah untuk urus hutang dan bina aset sebenar.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment